Saturday, March 5, 2011

kegilaan =)

seminggu menahan.
perasaan yang membuak-buak
bagai mahu tercabut jantung menahan heartbeat sepantasnya
sungguh!
cepat-cepatlah masa berlalu.
dalam fikiran tiada lain hanya satu.

yeah! seawal pagi bersiap sudah.
excited terlebih.
tak pernah-pernah pukul 10 pagi dah siap sedangkan tuan driver belum tiba.
duduk lenguh, berdiri pun lenguh,
baring apatah lagi.
tik tok tik tok
oh cepatla! cepatlah!

4jam menunggu. tuan driver terkedek-kedek baru nak tiba.
cepatlah! drive laju-laju pun takpe.
kalau kena saman, sila tuan driver bayar yer..
"mana mau pegi?"
"armcorp mall"
"tahu jalan ke sana?"
angguk sahaja. "dekat-dekat rumah along je. depan taman jaya kat pJ tuh.."
"okey"
tahu yer? tahu yer, ida??
pasal aku tahu la, 3 kali pusing kat area pJ tu cari armcorp mall. cis!

takpe. yang penting selamat tiba tanpa kena saman.
terima kasih yer tuan driver!
"apa yang bes sangat kat sini sampai beriya2 nak pegi?"
ee banyak pulak tanya si tuan driver nih!
dia tak tahu ke aku dah 7 hari 7 malam mimpi nak pegi tempat nih?
boleh dia tanya lagik!
tapi logik gak soalan dia.
sebab kerana nak sangat ke sini la aku sampai sanggup cancel pegi genting highland.
aiyak!

haha
apa yang bes yer??
apa yang bes yer??
nak tahu???
ehehe
jeng..jeng.. ini la!



haha. kedai buku je kan? apa yang istimewa sangat?? tu bagi korang,mungkin.
sama macam tuan driver tuh.
tapi bagi aku, keinginan untuk melangkah ke kedai buku ini memang dah seminggu terpendam sejak aku dapat tahu kewujudannya.
kesian betul kat aku.
punyelah dah season kedai ini, aku baru tahu.
tak mengapa. yang penting, now aku dah jupe port terbaik.
ops. lupa nak bagitahu. nama kedai ni BookXcess.
pergh first time masuk, memang aku teruja habis la.
sebab apa??
sebab buku-buku kat sini banyak sangat. dan murah sangat2!!!!
tapi kalau korang cari buku bahasa melayu kat sini, jangan harap la akan jupe.
sume buku kat sini, omputih yer.


meh aku tunjuk gambar lagi..

nampak tak tulisan kat atas rak tuh?? crime,thriller,mystery.. ni memang rak yang paling aku suke to infinity sangat2!!!!!!!!!!

serius. rasa mcam nak melompat dan melompat dan melompat time sampai kat rak buku ni. punyela banyak rak untuk buku thriller. hepi giler!!!!!!
tengok, tu sume buku misteri2..
memang aku konpius mana satu jadi pilihan hati.

yang aku konpiusnya, time aku survey kat tenet, ramai yang kata, BookXcess ini jual buku-buku terpakai.
tapi, bila aku tengok keadaan buku-buku kat kedai ini, macam bukan buku terpakai pun.
sume nampak cantik dan elok. macam baru. yang bezanya, harganya jauh lebih murah dari kedai buku biasa.

okies. actually, bukan buku thriller je ada jual. banyak lagi. history books, magazines,story books for children dan banyak lagi. cuma, buku education macam spm, stpm jangan harap la nak jupe kat sini yer.
aku sempat gak round2 kat rak novel-novel cinta. ahakz! romantik gitu!
tapi sory la. dari sejak aku rasa sakitnya putus cinta, terima kasih daun keladi jela yek. memang aku tak minat lansung nak sentuh novel-novel cinta nih. tak kira la bahasa melayu ke, bahasa inggeris ke, memang tak minat.

tapi aku upload jugakla rak buku romance2 ni yek! aha. saje buat kenangan. actually memang banyak la novel cinta kat sini. kalau yang minat baca novel cintan cintun ni, kat sini memang banyak sangat2 pilihan!


aku punyelah excited pilih buku kat dalam sampai aku tak perasan pun yang kat depan pintu, diaorang buat jualan murah..memang harga satu buku paling mahal rm8. pergh..memang aku sangat2 tak tahan keterujaan. punyerlah banyak buku yang diaorang lelong..=) yang ni baru suku je dari buku-buku yang dilelong. tengok, masih dalam condition yang baik kan buku-buku tersebut?


memang syok habisla. ada la dalam 4 jam aku dalam kedai buku tuh. ahaha.
sampai tuan driver dah penat n ajak keluar sebab tak larat menunggu dah.
aku apa lagi, pilih punyer pilih, sambil pikir bajet dalam poket, aku rembat 5 buah novel je.
tapi puas hati sangat. sebab novel yang aku pilih tu, 2 daripadanya merupakan hasil penulisan penulis yang aku suke sangat2!
3 buah lagi tuh, aku pilih berdasarkan tajuk n sinopsis kat belakang buku.
yang penting, memang takde novel cinta. sume thriller.

sampai kat cashier, kira-kira, rm 43.40. bagi aku, berbaloi la dengan buku yang aku beli.
melangkah keluar je dari kedai buku tersebut, dalam hati dah pasang angan-angan, lepas ni, aku pasti ke mari lagi. tapi dengan ayah la pulak. sebab ayah bawak nek moto je. kalau nek kete, parking 2 jam rm4.

tuan driver aku kena bayar rm8 untk parking. sian dia.
haha
thanks so much pada encik amir ashraf yang sudi jadi tuan driver hari ini yer..=p nanti kita belanja aiskrim oke?

~titamikasuki~
BookXcesstingkatatasarmcorpmall~

20 sudah??

25 feb kembali lagi..
setahun sekali. cukup bermakna.
dan kali ini 25 feb muncul menandakan usia semakin tua. tua yer?
kira-kira, tolak tambah, bahagi darab, sekarang ni masuk tahun ke 20.
ala, baru 20 tahun yek! bukan 30 40 50 atau 60.. relax ar..

ok itu pemikiran santai.

kalau lebih complicated? bagaimana?
oh..sudah 20 tahun yek! apa yang dimahukan sudah dicapai?
apa akan jadi pada umur 30 40 50 atau 60 nanti?

ok memang sukar diramal.

maka dalam hidup ini
segalanya bergantung pada diri sendiri
untuk menjadikannya santai bersahaja
atau complicated dengan tanggungjawab hidup yang sedia ada.

bila difikir-fikir
apa pilihan yang saya ada?
kiri kanan depan atau belakang?
maka saya pilih tengah.
ia lebih mudah.=)

~titamikasuki~
hepibesdayuntuksayasendiri~