Thursday, December 23, 2010

kreatif vs tragis.


apa lagi yang dilakukan oleh para pelajar universiti yang memiliki satu laptop and broadband pada waktu cuti-cuti semester ini?? pastinya beronline hampir setiap masa atau sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari.fesbuk, myspace, frenster, ym, movie atau blog. benar bukan?

jangan kata anda study 24 jam sehari sepanjang cuti ini. itu tipu namanya.

maka, tiada bezanya dengan aku. beronline atau menonton koleksi movie yang menunggu untuk ditonton di dalam hard drive. maka, waktu yang paling tepat dan sesuai ialah saat suasana sunyi sepi di mana feeling untuk beronline atau menonton movie memuncak.

namun, sesuatu berlaku sebentar tadi. oke. sedang aku feeling. sedang aku seronok-seronok layan lagu kekanda adinda, sedang aku sibuk-sibuk layan satu blog ni, tibe-tibe..

KLIK! maka gelap gelita pandangan mata. baris ayat hilang. nada irama mati. aku terkesima.

dengan selamba satu suara berkata," eh, terpadam ya?? sorilah...tak perasan" lalu berlalu tanpa rasa bersalah.

bagai tersedar dari igauan ngeri, aku dengan spontan, "AYAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

lihat, bagaimana tragisnya tindakan seorang bapa. suis utama dipadam. laptop aku yang menggunakan direct current mati segera. dan beliau berlalu dengan perasaan pura-pura tak bersalah.

oke. oke. baik, aku paham. mungkin ini tindakan kreatif seorang bapa untuk menyuruh anak perempuannya tido awal. tak perlu bagi warning lagi. matikan saja suis. habis cerita.

terima kasih yerrrrrr ayahhhh!!!!!

~titamikasuki~
mati selera mahu beronline.

Tuesday, December 21, 2010

nekad?

serius.
nekad.
sem belum bermula.
aku dah nekad.
nak habis sem cepat-cepat.

~titamikasuki~
ngeri tengok jadual!

Monday, December 20, 2010

hurm....pegi atau tak??

okey. agak kecewa. buka-buka facebook, Farewell Party izan ditukar tempat ke Sunway Piramid. haiya!

apa punye cerita?? plan mereka mula-mula di Mid, movie. kira okey lagi. tibe-tibe, tukar agenda, Sunway, ice-skating.

argh, sudah! bukan masalah negara. cuma yang bermasalahnya ialah saya. Ok, Sunway tu agak jauh dari rumah. kalau dari rumah Along, dekatla. tak sampai 15 minit naik kereta. kalau dari Sentul, mak ai..boleh tahan jaraknya. itu masalah pertama.

masalah kedua, saya ni driver apa je..lesen kete setakat buat frame aje! jadi, hendak kemana-mana, public transport la jawabnya. atau ayah yang jadi driver. Ok, lets think.

dari Sentul ke Sunway, firstly, dari rumah perlu minta ayah hantar ke Stesyen Komuter Sentul. naik komuter sampai Stesyen Subang Jaya. then naik bas sampai ke Sunway. baru dapat bertemu wajah-wajah teman lama sewaktu sekolah rendah dulu. nampak mudah kan??? tapi tahu tak, walaupun nampak mudah, namun belum tentu Pak Azis tu nak lepaskan..aiyo!!

saya tahu. belum beritahu pada mak ayah pun saya dah tahu jawapannya. tentu jawapannya akan mengecewakan saya. tentu saya takkan dapat kebenaran untuk ke Sunway. samada seorang diri mahupun bersama Nani. dan saya kecewa. sangat kecewa.

mesti ayah akan kata, jauh Sunway tu.. bahaya naik komuter seorang diri. bukan biasa ke sana. bahaya. okey, saya pasti sangat tentang itu! kalau setakat ke Times Square, atau ke Mid, takde hal la. mesti lepas punyer!

okey, meminta kebenaran itu satu masalah. agenda pun buat saya rasa,erk....ice skating??!! argh sudah!! tak pernah saya mencuba pun. dibuat tergolek kat sana, jatuh saham la jawabnyer!! adeh!!! dahla ramai kawan-kawan lama nanti ada, malunyer kalau tergolek kat situ. argh!! taknak!!!

please..please..please.. macamana nih??? saya dah semangat nak bertemu kawan-kawan lama. hadiah untuk izan pun dah get ready. awal-awal lagi dah beritahu ayah yang saya akan hang out 25 ni..tapi tibe-tibe jadi macamni...kecewanya!!!!! =(

dan ternyata

sesungguhnya

hari ini

saya,

sangat-sangat kecewa!

~titamikasuki~
kecewa itu duka.

Sunday, December 19, 2010

naik pangkat?




wah,dua tiga hari ini, orang-orang rumah saya sibuk bercerita. tentang soal naik pangkat. nah, sebenarnya bukan lah hal besar mana. cuma bila yang naik pangkat itu angah dan abang ipar saya, maka sibuklah bercerita. bukan soal gaji atau pangkat yang dibincangkan mereka. tapi soalan berpindah randah. soal berpisah jasad. soal keselamatan. itu yang asyik diputar sama.

ok. macamni ceritanya. angah dan abang ipar saya menetap di johor. tapi sejak....argh! panjang kalau mahu cerita semua. senang cerita, bila naik pangkat, seorang kena tinggal di JB, seorang lagi harus ke Putrajaya. maka, apa yang dibincangkan mereka ialah keselamatan tinggal seorang diri di rumah batu dan kesanggupan meninggalkan isteri serta kekuatan untuk survival hidup berseorangan tanpa suami atau isteri.

nah,ini lah yang merungsingkan hati seorang ibu dan bapa. sampai saya pun diajak berfikir sama!

ok. saya rungkaikan yang pertama. apabila suami perlu bekerja di suatu tempat lain dan meninggalkan isteri keseorangan, pastinya rasa risau itu ada. rasanya itu normal. maka, inisiatif perlu diambil. abang ipar saya mungkin risau akan keselamatan angah saya. mak,ayah juga risau. maka, saya cadangkan,langkah keselamatan diambil. ok,taman perumahan yang mereka diami sudah ada pengawal tersendiri. (sampaikan dulu, ayah saya mahu masuk pun,mereka minta ic).so,kira ok la kan?? hurm... rumah batu 2 tingkat itu mungkin perlu ditambah sedikit lagi ciri keselamatan. cctv mungkin?? haha. kalau terlalu risau la. atau alarm keselamatan?? yela, angah saya itu,kalau dalam keadaan buruk berlaku, masakan sempat membuka langkah silat??(ya tuhan,minta-minta dijauhkan)

ok,itu aje yang dapat saya fikirkan soal keselamatan. mari beralih pula soal perpisahan jasad seketika. senang kira, seorang di sana, seorang di sinun. bagaimana ya?

oh, saya belum berkahwin. belum tahu apa itu cinta suami isteri. namun saya ingin kata, kepercayaan itu penting. kenapa ya?? kerana bila tiada kepercayaan, maka, prasangka hadir mengetuk tangkai jiwa. bila prasangka mula hadir, nah! ini mulanya titik hitam. mahukah kita membiarkan prasangka merantai jiwa? menghitamkan hati dan rasa? pikirkan ya.okey, kejujuran itu penting. kerana dengan bersikap jujur, takkan ada tipu helah. takkan ada pembohongan. bila tiada pembohongan, maka hubungan itu selamat.=) kemudiannya, perasaan itu perlu dijaga dengan sebaiknya. jauh mana kaki melangkah, kuat mana godaan yang datang,rasa cinta itu perlu dijaga dengan sebaiknya! seseorang pernah berkata kepada saya( dulu-dulu la...) selagi kita percaya pada pasangan kita, selagi kita jujur pada dirinya, yakinlah, rasa cinta itu akan sentiasa ada! wah!! kan teringat kisah lama! tragis!

okey. settle tentang itu. ada apa yang complicated? tiada bukan. simple aje semuanya. kenaikan pangkat itu satu nikmat. bukan semua orang layak milikinya. lebih-lebih lagi sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Kastam Bahagian Tatatertib ya?? wah, bertata-tertib sungguhla agaknya abang ipar saya itu dalam tugasnya! haha

bila yang Allah bagi itu satu nikmat, maka, aturannya pasti cantik dan sempurna. tiada apa yang perlu dirunsingkan. tiada apa yang perlu dirisaukan. kerana takdir Allah itu sentiasa yang terbaik. saya yakin itu. biar jauh terpisah, biar tugas semakin berat, saya yakin, segalanya akan berjalan dengan sempurna. InsyaAllah.=)

moga-moga lepasni, segalanya baik-baik aje ya, sebab saya sudah pahat di sini. ahazk!

p/s : tahniah sebab suami isteri naik pangkat!(if one of them read this post..ehe =))

~titamikasuki~
mahu naik pangkat jadi big boss diri sendiri!

Saturday, December 18, 2010

biar seimbang!

saya suka mengingatkan diri saya. kalau membaca itu, biarlah seimbang. mengapa seimbang?

kerana bila saya mula membaca komik sinchan, saya akan terlupa dengan keadaan sekeliling. hatta makan sekalipun!(sebab saya memang sangat suke komik sinchan!) bila saya mula membaca dari satu blog ke satu blog, yang kebanyakannya berunsur hiburan, saya terlupa detik jam yang berlalu pergi. saya terlupa bahawasanya saya telah menghabiskan berjam-jam membaca yang semuanya sekadar hiburan semata-mata!

tapi ada kalanya,saya berfikir. bolehkah hiburan itu ditukar oleh minda saya supaya ia mendatangkan kebaikan pada diri? lalu saya mengajak diri saya berfikir. bila saya membaca komik sinchan, apa kebaikan yang saya dapat? oh,pertama,mestilah kurang stress. senyum seorang diri apabila ada yang menjadi bahan lawak. begitu? tidak. sekurang-kurangnya,saya dapat belajar sesuatu dari setiap kisah dalam komik tersebut. bukankah komik itu ditulis oleh manusia? pastinya ada unsur kehidupan yang perlu dijadikan nilai. maka, saya perlu ambil nilai tersebut, sekurang-kurangnya untuk membentuk diri.=)

saya suka membaca blog senior saya. boleh kata, hampir setiap minggu,saya melawatnya. mengapa ya? kerana cara penulisannya yang santai dan boleh buat sesiapa yang membacanya terhibur.=) bolehkah blog senior saya ini dikategorikan sebagai hiburan? kerana tiada isu berat yang dibincangkannya. sekadar kisah kedai kopi biasa. namun apa yang saya dapat bila membacanya? hati. ya, saya dapat hati bila saya membacanya. pelik ya? tidak. mudah sahaja. apa yang ditulisnya dalam blog, datang dari hati. menunjukkan diri dia yang sebenar. tidak berpura-pura. kalau buruk, buruklah. kalau baik, baiklah. bukankah di situ terletak nilai kejujuran dan keihlasan?(wah,saya puji dia ke ni? =p ) maka, sekurang-kurangnya, saya belajar nilai kejujuran dan keikhlasan di situ. ( kalau dia berbohong sekalipun, masakan saya tahu kan??) ehe

oh itu semua hiburan ya? bagaimana dengan ilmiah? sudah diseimbangkan antara hiburan dengan ilmiah??

bercakap tentang ilmiah, saya juga rajin singgah di website Hilal Asyraf. ya, penulis muda berjiwa tua itu. mengapa tua? tua yang saya maksudkan bukanlah bertongkat atau uzur, sebaliknya tua yang saya maksudkan ialah jiwanya yang bagaikan penuh dengan pengalaman dan ilmu. bukankah orang tua-tua banyak pengalaman dan pengetahuan? maka sebab itu lah saya labelkan dia berjiwa tua.(pandai-pandai sahaja saya ini!) penulisan dia juga tidak kurang hebatnya. banyak membantu saya menyuburkan jiwa yang hampir mati ini. mungkin kerana umurnya tidak jauh beza daripada saya, maka penulisannya lebih mudah sampai ke jiwa. ahazk!!

blog kereta mayat(hamka), genta rasa(ustaz pahrol) semuanya banyak membantu saya.santapan rohani untuk terus bangkit dan berdiri tegak disaat saya tersungkur dan rebah. kerana hati saya rapuh, jiwa saya lemah. maka, saya perlukan mereka-mereka ini, dengan cara penulisan yang tersendiri, tidak kiralah samada hiburan atau ilmiah, kedua-duanya perlu dipandang positif. dibaca dan dicerna minda dengan pemikiran positif, agar outputnya terarah kearah kebaikan. bukan sebaliknya.

namun saya kembali berpijak di bumi nyata. ayuh! saya mengingatkan sekali lagi diri ini. selagi saya bergelar pelajar, maka buku-buku berkulit tebal ala-ala kamus dewan itu lah yang menjadi keutamaan. buku yang harganya dibayar berkeping-keping not biru itu lah perlu difahami isinya. buku yang kadangkala sudah terlalu lama helaiannya dimakan usia itu lah yang perlu dikaji berjam-jam lamanya. buku yang ayatnya kecil-kecil,rapat-rapat dan isinya padat-padat itulah yang perlu ditatap lama!

nah,barulah ia dikatakan seimbang! kalau saya terus leka, pastinya berat sebelah. hiburan, santapan rohani, mahupun ilmiah, saya mahu kesemuanya. maka, saya pahatkan di sini, agar tiap kali saya membuka blog ini, saya dapat satu peringatan yang nyata. kerana saya sering lupa. kerana saya sering lalai. kerana saya manusia biasa, yang jiwanya muda dan mentah.

maka, saya peringatkan sekali lagi buat diri saya, "kalau membaca itu, biarlah seimbang!"

~titamikasuki~
peringatan buat diri.

Thursday, December 16, 2010

esok masih ada!


seseorang yang terlalu dekat di hati dan juga disisi mengadu tentang keputusannya yang agak merundum semester ini..lalu diminta aku "comfort" kan dirinya..termangu sebentar.
wahai teman, siapalah diriku untuk menasihati mengenai perkara sebegini?? saya tidak tahu bagaimana mahu tenangkan kamu,membantu kamu saat ini. sebab semester ini, saya tidak bersama kamu. tidak mengambil peperiksaan.dan tidak mendapat sebarang keputusan peperiksaan. saya di hospital tatkala kalian menjawab peperiksaan. jadi bagaimana saya boleh "comfort"kan kamu??

atau mungkin saya boleh menulis sesuatu di sini.bukan untuk kamu sahaja. malah untuk saya juga. kerana saya juga sama seperti kamu. =)

GAGAL?? KECEWA?? mungkin ini yang dirasa teman. oh mungkin ini juga yang dirasa oleh setiap yang bergelar manusia tatkala apa yang diimpikan tidak berjaya digapai. saya juga pernah merasa. kesakitan yang begitu hebat tatkala kecewa.

apabila kecewa, maka, kita sering menyalahkan diri sendiri. aku bodoh. aku tak pandai. aku teruk.atau kita mula menyalahkan orang lain. lecturer bukan ajar sangat,masuk kelas kejap,pastu blah.. ni sebab gf/bf aku la,aku dapat result teruk. kalau aku tak bercinta,pasti tak jadi macamni. dan banyak lagi. namun pernahkah kita melihat ke belakang, mengkaji kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang?

wahai teman, mari kita lihat semula ke belakang. melihat setiap jalan yang kamu dan saya lalui semester lalu. mencari kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang. mengkaji punca kesalahan. maka,baru kita hasilkan formula solusi ini.kerana masalah kamu adalah masalah saya juga. bukankah kita sama digelar pelajar?? maka, masalah kamu ini berkemungkinan dilalui saya satu hari nanti. siapa tahukan??(namun saya berdoa,agar Allah mengurniakan keputusan yang baik bagi setiap semester untuk saya dan teman-teman.=))

kadang-kadang saya bertanya pada diri sendiri,berapa jam sehari yang saya peruntukkan untuk belajar sepanjang saya bergelar pelajar universiti?? lalu soalan yang sama ingin saya tanyakan pada teman. dalam tempoh 24 jam, berapa jamkah yang kita peruntukkan untuk belajar? maka disini, saya sendiri malu untu menjawabnya. kerana saya juga punyai banyak alasan untuk mengelakkan diri daripada menjawab. kerana saya tahu, waktu yang saya peruntukkan untuk belajar dalam sehari,adalah sangat-sangat sedikit. malu! seingat saya, jika esok atau lusa ada test atau exam, baru la saya akan belajar bersungguh-sugguh. sampaikan makan bersama buku,tidur bersama buku.nasib tidak ke tandas membawa buku! maka,mungkin inilah kesilapan pertama kita yang kita tidak sedari. kerana selama ini,kita berikan pelbagai alasan. penat, tak cukup masa, banyak asigment, meeting sana sini, program situ sinun, dan macam-macam lagi. teman,saya sayang kamu. dan saya tahu kamu juga sayang saya. mari kita sama-sama memperbetulkan kesilapan utama ini.

kemudian, kita pikir-pikirkan..muhasabah diri atas segala perkara yang kita sudah lalukan. mungkin kita ada sakitkan hati insan lain? mungkin kita ada lukakan perasaan seseorang? atau mungkin kita berhutang denganNya? kerana seorang sahabat saya sering berkata "mungkin aku banyak dosa pada Allah dan juga manusia, sebab itu aku diuji sebegini,sebagai balasan supaya aku menyedari kesilapan aku sebelum ini" apabila dia diuji onak dan duri. setiap kali mendengar katanya, hati saya terkesan. lalu saya berfikir,ada benar katanya. setiap kali berlaku musibah, saya sering menyalahkan sekeliling. mengapa saya tidak terfikir yang mungkin ini balasan atas dosa yang saya pernah lakukan?? maka teman, marilah kita sama-sama bermaafan,mungkin kerana ada kata yang menguris hati, ada liuk tubuh yang menyentap rasa sesama kita. dan marilah kita sama-sama, kembali pada Allah. memohon keampunan. dengan rasa penuh kehinaan.

ibu dan ayah. atau ayah dan ibu. keutamaan kita. kewajipan kita. namun kadangkala kita alpa. kita lupa. kita lalai. kita terlalu sibuk untuk bertanya khabar. kita terlalu berkira kredit telefon untuk menelefon. atau kita mati akal untuk berbicara. kerana apa? kerana mereka orang tua. yang seringkali kita fikir,tidak memahami gelodak jiwa remaja. menonton rancangan "SOAL ASYRAF" di Astro Oasis berkenaan remaja dan ibubapa membuatkan saya berfikir. ibubapa adalah keutamaan kita. maka,apabila ibubapa diletakkan dibelakang,mungkin kerana itu juga kita sering berada kebelakang! maka,ingin saya ingatkan diri saya, dalam hidup ini,ayah dan ibu menjadi keutamaan. sebaik manapun sahabat,ibu dan ayah juga menjadi kawan terbaik. sebaik mana teman sepermainan,ibu dan ayah juga yang paling hebat. moga apabila kita meletakkan ibu dan ayah di tempat yang mulia, kita juga diangkat menjadi insan mulia.=)

opss..saya rasa cukup sampai disini. kerana mak ajak lunch.=) teman,ini bukan nasihat. ini sekadar peringatan buat diri saya. kerana saya juga insan lemah yang sering alpa. mungkin kalau kamu membacanya di sini(kalau kamu baca la kan =p),mungkin ia juga dapat mengingatkan kamu saat kamu lupa. kerana kita sama-sama bergelar pelajar. kerana kita juga sama-sama mengejar kecemerlangan. dan dalam mengejar kecemerlangan,jatuh bangun sudah menjadi adat. kalau kamu terus kecewa dan berduka, saya juga pasti bersedih. maka,kita perlu sama-sama bangkit. bangkit meneruskan perjalanan yang penuh onak dan duri.

ayuh teman,mari kita berpegang tangan,merangkak,berjalan dan seterusnya berlari,bersama-sama menuju puncak kegemilangan! kalau kamu masih bersedih,mungkin ini sahaja yang boleh saya kata,"lihatlah kehadapan,sekurang-kurangnya,esok masih ada!"

~titamikasuki~
saya sayang kamu

Wednesday, December 15, 2010

mencari cinta...




terbang tinggi ke langit tuhan
untuk mencari bidadara pilihan
bukan paras rupa menjadi ukuran
mahupun harta yang diidamkan..

terus mencari bidadara pilihan
yang suci hatinya dalam mengenal cinta
berserdahana dalam segalanya
agar sejuk dipandang mata..

terus mengharap hadirnya bidadara
yang memberi cinta sejati
agar dapat membimbing dan memimpin
bersamanya aku menuju syurga Illahi..

aku berharap bidadara sanjungan
dapat membawa aku ke satu hubungan yang halal
agar hubungan lebih diredhai
bahagia hidup kekal abadi..

namun masih tidak kutemui
bidadara yang miliki cinta sejati
lalu sujud aku ke bumi
mengharap kasih sejati daripada Illahi.

~titamikasuki~
sentul,kL.

Tuesday, December 14, 2010

boring?

someone ask me,"tak boring ke duduk rumah?"
so nak jawab apa yer??
aku lebih lama cuti daripada rakan-rakan yang lain.
boring?
oh..mungkin dulu.
tapi sekarang, rasanya sudah hilang keboringan itu.
mengapa?
sebab kini aku berada di rumah.
yeah! home sweet home!

bilamana disisiku ada dua orang yang aku sayang,
maka rasa bosan itu hilang.
bilasaja ada dua orang menemaniku berbicara,
maka sunyi itu lenyap.
dan dua orang itu ialah
AYAH dan MAK.

benar.
hidup ini kadangkala membosankan
namun jika kena dengan corak dan warna perjalanan,
pasti hidup ini terasa lebih bermakna.
maka menjadi tanggungjawab kita untuk mewarnakannya dengan warna-warna indah,
agar ceria dipandang mata,
senang di dalam hati.=)

p/s : kalau la someone itu tahu bahawa apa yang ditulisnya itulah yang turut mewarnai hidup ini, apa akan jadi ya? =p

Monday, December 13, 2010

habuk!

hari ini buat sekian kalinya aku mengemas.
ya, mengemas blog yang sudah berhabuk-habuk setelah hampir setahun ditinggalkan.
mahu buat apa dengan blog ini??
fikir-fikir mahu jadikan diari maya.
boleh kah?
atau lebih tepat, mampukah?

malas.
sangat sinonim kalau dikaitkan dengan bidang penulisan.
namun,
belum mencuba, belum tahu.
maka,
ayuh!

mulakan sesuatu yang baru!