Wednesday, January 19, 2011

manusia baik


terima kasih tuan rumah!!

sejak akhir-akhir ini, pikiran aku dan teman baik agak berserabut.
sibuk memikir mahu pindah sambil tunggu ada ke tak orang nak sama-sama menyewa rumah. kalau mahu pindah, masalah besar. peti ais, mesin basuh, tV, katil, meja study sume mahu angkat sekali. mahu satu lori penuh jadinya. maka,masing-masing terdiam dalam kebuntuan.

maka, minggu ini dihabiskan dengan survey rumah sana sini. kira-kira bajet duit sewa sebulan. agak runsing kerana pihak yang bagi duit masih menyepi, pura-pura tak tahu tanggungjawab setiap semester. kasihan kepada penerima-penerima yang kesempitan duit.(termasuk aku).

jadi alkisahnya aku dan teman baik akhirnya mula mereka-reka ayat mohon simpati sambil menjelaskan masalah kami. siap buat ala-ala skrip drama kisah benar. pikir punye pikir, memang tanggungjawab aku menguruskan hal-hal berkaitan rumah daripada sewa hinggalah segalanya. Maka, menggunakan skil yang ada, aku menelefon tuan rumah.

tak tahula nak cakap apa. mungkin aku jujur sangat. haha. jujur ke?? atau aku punye suara ada gaya-gaya yang boleh buat orang simpati. atau aku memang mudah dikesiankan. haha. tak perlu jelas panjang lebar, malah skrip yang ditulis dua hari lepas tak diguanakan. dengan baiknya tuan rumah kata, "takpela..aunty kira sedekah jela kat kamu berdua.. duduk jela rumah tu.. bayar je la sebulan rm200.."

pergh....aku speechless. sambil teman baik aku hampir terlompat. baik punye manusia. bukan baik aja. memang terbaik punyer tuan rumah. aku belum pernah jupe tuan rumah sebaik ini sebelum ini. (sebelum ini,tak pernah menyewa) haha. tapi memang baik. aku tak tahu nak cakap macamana. bersyukur sangat-sangat. berapa puluh kali aku ucap terima kasih kat aunty tu pun aku tak ingat. serius, aku rasa macam nak lompat-lompat peluk cium aunty tuh! THANKS AUNTY!!

terus telefon mak, bagitahu hal yang sudah settle. mak kata, memang tuan rumah baik sangat. doakan moga tuan rumah bertambah murah rezaki pesan mak. sambil makan berdua dengan teman baik, kami masih-masih terdiam. memikirkan kebaikan manusia. rupanya, dalam dunia yang semakin mementingkan kewangan, dengan kehadiran orang tamak dan suke mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain, masih ada manusia yang berhati mulia.

rumah comel 3 bilik ini nampaknya akan dihuni oleh 2 orang anak gadis perasan chuby comel(haha..perasan!) sampai akhir semester ini. rasanya, rumah 3 bilik yang berharga rm200 sebulan ini adalah yang paling murah masa kini di kawasan yang semakin panas dengan kenaikan harga rumah yang tidak munasabah. bolehkah kehadiran econsave dan mekdi dijadikan alasan untuk menaikkan harga sebuah rumah flat 3 bilik sampai rm750?? memang manusia mengambil kesempatan. kalau lah semua tuan rumah bertimbang rasa dan memahami seperti tuan rumah kami ni, pastinya hal-hal sebegini tidak terjadi.

Alhamdulilah..segalanya berakhir dengan baik. malam ini boleh tidur lena. besok boleh sambut thaipusam depan tV.

terlintas satu perkara dalam minda. kalaulah aku yang menjadi tuan rumah satu hari nanti, adakah aku juga akan jadi manusia baik yang bertimbang rasa dan memahami???

~titamikasuki~
menilai diri sendiri apabila melihat kebaikan orang lain.

Wednesday, January 5, 2011

mencari teman

okies. hidup seorang diri memang tak beshkan?
sebab tu aku nekad nak mencari teman.

siapa kata mencari teman sehati,sejiwa,serumah itu mudah??
sebab tak mudah la maka aku kena berusaha untuk mencari.

runsing bila hidup hanya berdua. hilang idea bila aku pandang muka dia, dia pandang muka aku. mati kata bila aku bercakap, dia diam. dia tak bercakap, aku pun diam.

akhirnya, hasil muafakat membawa berkat dengan rakan satu kepala,akhirnya kami setuju untuk mencari teman bersama. memang tak boleh jadi hidup berdua aje.

di sini, aku senaraikan tindakan kami dalam mencari teman sehati sejiwa dalam serumah. mungkin korang boleh ikut sama.

Pertama, amik kertas dengan perasaan penuh semangat dan berharap untuk memperolehi perhatian.

Kedua, baitkan kata-kata bermakna, ala-ala simpati high-class yang sangat memerlukan teman. tulis sekali segala advance credit(cth; harta, paras rupa, tingkah laku) yang dimiliki supaya ada yang tertarik.

Ketiga, tuliskan no telefon terang-terang, besar-besar supaya jelas di pandangan mata si rabun sekalipun.

Keempat, tampal dan iklankan di tempat-tempat awam yang mendapat perhatian. paling mudah, bustop.

Kelima, tunggu dan tunggu sebarang panggilan telefon. kalau ada, memang bernasib baik.

mudah kan??

namun,
apakan daya.

nampak mudah tapi ternyata kami memang tak popular dan gagal mencari teman. dah 3 hari no telefon terpampang kat 3 bustop. namun takde satu panggilan pun yang diterima. takde sape sudi jadi teman sehati sejiwa serumah.

kecewa??
sangat kecewa.



~titamikasuki~
duduk rumah berdua je, rasa sunyi. lagi satu rasa bahaya.

pagi meriah.



3 JAN 2011

malas cite banyak, sume orang tahu hari pertama untuk semester baru. berkobar-kobar bangun pagi, siap awal-awal, semangat nak belajar, rasanya 2 jam sebelum pukul 8.30 pagi aku dah get ready. haha. okies. tipu.

banyak yang baru di hari yang baru. pertama, sekolah rendah yang betul-betul depan tingkap bilik aku dah beroperasi. maka pagi aku dikejutkan dengan bunyi loceng sekolah. hebat bukan? dulu, bunyi je loceng, kena beratur. sekarang, bunyi je loceng, kena pegi mandi.

meriah sungguh sekolah itu. pagi-pagi aku dengar seorang laki mengomel itu ini. dahla cakap kuat. guna speaker lak tu. macam-macam nasihat dan arahan. peraturan itu ini. memang secara tak langsung aku pun bersemangat TAK nak belajar kat sekolah itu.

apa yang menarik, aku turut belajar pagi-pagi sambil bedak sana sini belek muka kat cermin tepi tingkap. haha. tak percaya? oke, cikgu dia tanya soalan pada student, A= potong kuku. B= gunting kuku. mana jawapan yang betul,murid-murid??? bla..bla..jawapan dia KETIP KUKU nampak?? itu ilmu pertama aku belajar. oh,,ketip kuku. siap ada pesanan ikhlas daripada cikgu, dia kata, kalau murid-murid tak tahu ketip kuku, minta tolong mak, ayah atau kakak abang ketipkan. spontan aku tengok jari. dan tibe-tibe rasa ngada-ngada nak minta teman bilik sebelah tolong ketipkan. lihat, bagus bukan kalau ada sekolah depan tingkap bilik???

oh bukan itu sahaja..sejak-sejak sekolah depan tingkap ni beroperasi, terasa macam kembali bersekolah. tak perlu pakai baju putih, kain biru, kasut kapur tebal2. sambil berselimut atas katil pun dah boleh belajar. hebat bukan??

lepas ni, aku nak suggest pada anak buah aku, tak perlu susah-susah pegi sekolah, beli baju mahal-mahal jenama CANGGIH yang aku rasa takla canggih mana, sama je dengan baju sekolah CAP AYAM, untuk bersekolah di bilik aku. special room. jimat duit, jimat tenaga.

tapi.. aku baru teringat. anak buah aku tahun ni daftar sekolah menengah. bukan sekolah rendah.

~titamikasuki~
kan bagus kalau FSK yang ada kat depan tingkap bilik aku ni. tak perlu siap-siap bazir minyak moto pegi belajar.