Saturday, February 5, 2011

benci jiwang




sedang anak sedara aku layan facebook mengunakan laptop aku, dia kata, "makcu, adik ada lagu best nak bagi makcu dengar." aku macam biasa. tidak terlalu excited dengan ayatnya. haha. saat mamanya mahu balik, beriya-iya dia mahu bluetooth kan lagu tersebut. aku dengan malas terus hulur hp. apa best sangat ke lagu yang dia nak bagi tuh? sebelum dia balik, sempat dia kata, "makcu dengar betul-betul" sambil kenyit mata. cis! apakah??

namun kenyitan mata anak sedara aku tidak berjaya menarik hati untuk aku terus mendengar lagu yang sudah di bluetoothkan. ada aku kisah?

sampailah 15 minit yang lepas, bila kesunyian mencengkam sanubari, lantas aku cari lagu baru yang dibluetooth beberapa jam yang lalu.

sekali dengar, biasa. dua kali dengar, asal lain macam aje? kali ketiga dengar, serius! bisa buat aku tak lena.

rasa macam nak sorok muka dalam poket. rupanya anak sedara aku masih ingat kisah yang berlalu 4 tahun dulu. saat makcu dia hampir separuh nyawa. dan aku tak pernah tahu, rupanya sehingga hari ini, anak sedara aku memahami segenap rasa jiwa.
lagu apa? lagu apa? lagu cinta. yang sangat jiwang. bagi aku? lagu yang buat aku
terkesima menahan rasa. lagu yang membangkitkan segala kenangan yang dah dipadam lama. lagu yang menghidupkan dia yang sudah tiada. cis! aku memang jiwang. benci! benci! tapi...............aku tetap jiwang!

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............


=( bencinya bila teringat perkara lepas. lebih-lebih lagi perkara yang sudah bertahun berlalu. walau hakikatnya setiap saat aku mencuba, setiap saat juga aku tidak pernah lupa. bencinya. apa tiada lagu lain ke yang boleh bagi aku dengar? tragis betulla ada anak sedara macam ni. =(

bila yang datang itu pergi..segala yang indah tiada lagi. bertahun mengenali, sekelip mata hilang begitu sahaja. bertahun menyimpan rasa, bukannya mudah dibuang begitu sahaja.

namun kenyataan takkan berubah. yang pergi itu tidak akan kembali. jauh berubah dari cerita dahulu. ibarat kisah lama tidak pernah ada. ibarat kenangan itu di angin lalu sahaja.

bila kaki melangkah meninggalkan jauh kisah yang telah berlalu, hati perlu tabah menghadapi kenyataan ditinggalkan insan istimewa. bila dia memang tiada, hidup perlu mencari nafas baru.

tarik nafas dalam-dalam. 5, 6 kali dengar, sudah lali rasanya. lihat sekeliling. masa sudah berubah. biarlah lagu sejiwang mana, tiada tetap tiada. dan apa yang ada, perlu dihargai sebaiknya.

kini, rasa itu sudah tiada. yang ada cuma ingatan lama. ingatan yang kadangkala menjadikan aku nanar separuh jiwa. tapi untuk mengalirkan air mata, bukan aku orangnya.

aku sangat menghargai dengan apa yang aku miliki kini. mungkin bukan hati yang sama. tapi hati itu lebih bermakna dari dulu. biarlah aku hilang hati yang lama kerana hati yang baru ini menjadikan aku insan yang lebih tabah menghadapi segalanya.=)

~titamikasuki~
biarlah surat cinta kita menjadi sejarah lama
kerana tiada yang abadi selain cinta Illahi
=)

No comments:

Post a Comment