Wednesday, January 19, 2011

manusia baik


terima kasih tuan rumah!!

sejak akhir-akhir ini, pikiran aku dan teman baik agak berserabut.
sibuk memikir mahu pindah sambil tunggu ada ke tak orang nak sama-sama menyewa rumah. kalau mahu pindah, masalah besar. peti ais, mesin basuh, tV, katil, meja study sume mahu angkat sekali. mahu satu lori penuh jadinya. maka,masing-masing terdiam dalam kebuntuan.

maka, minggu ini dihabiskan dengan survey rumah sana sini. kira-kira bajet duit sewa sebulan. agak runsing kerana pihak yang bagi duit masih menyepi, pura-pura tak tahu tanggungjawab setiap semester. kasihan kepada penerima-penerima yang kesempitan duit.(termasuk aku).

jadi alkisahnya aku dan teman baik akhirnya mula mereka-reka ayat mohon simpati sambil menjelaskan masalah kami. siap buat ala-ala skrip drama kisah benar. pikir punye pikir, memang tanggungjawab aku menguruskan hal-hal berkaitan rumah daripada sewa hinggalah segalanya. Maka, menggunakan skil yang ada, aku menelefon tuan rumah.

tak tahula nak cakap apa. mungkin aku jujur sangat. haha. jujur ke?? atau aku punye suara ada gaya-gaya yang boleh buat orang simpati. atau aku memang mudah dikesiankan. haha. tak perlu jelas panjang lebar, malah skrip yang ditulis dua hari lepas tak diguanakan. dengan baiknya tuan rumah kata, "takpela..aunty kira sedekah jela kat kamu berdua.. duduk jela rumah tu.. bayar je la sebulan rm200.."

pergh....aku speechless. sambil teman baik aku hampir terlompat. baik punye manusia. bukan baik aja. memang terbaik punyer tuan rumah. aku belum pernah jupe tuan rumah sebaik ini sebelum ini. (sebelum ini,tak pernah menyewa) haha. tapi memang baik. aku tak tahu nak cakap macamana. bersyukur sangat-sangat. berapa puluh kali aku ucap terima kasih kat aunty tu pun aku tak ingat. serius, aku rasa macam nak lompat-lompat peluk cium aunty tuh! THANKS AUNTY!!

terus telefon mak, bagitahu hal yang sudah settle. mak kata, memang tuan rumah baik sangat. doakan moga tuan rumah bertambah murah rezaki pesan mak. sambil makan berdua dengan teman baik, kami masih-masih terdiam. memikirkan kebaikan manusia. rupanya, dalam dunia yang semakin mementingkan kewangan, dengan kehadiran orang tamak dan suke mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain, masih ada manusia yang berhati mulia.

rumah comel 3 bilik ini nampaknya akan dihuni oleh 2 orang anak gadis perasan chuby comel(haha..perasan!) sampai akhir semester ini. rasanya, rumah 3 bilik yang berharga rm200 sebulan ini adalah yang paling murah masa kini di kawasan yang semakin panas dengan kenaikan harga rumah yang tidak munasabah. bolehkah kehadiran econsave dan mekdi dijadikan alasan untuk menaikkan harga sebuah rumah flat 3 bilik sampai rm750?? memang manusia mengambil kesempatan. kalau lah semua tuan rumah bertimbang rasa dan memahami seperti tuan rumah kami ni, pastinya hal-hal sebegini tidak terjadi.

Alhamdulilah..segalanya berakhir dengan baik. malam ini boleh tidur lena. besok boleh sambut thaipusam depan tV.

terlintas satu perkara dalam minda. kalaulah aku yang menjadi tuan rumah satu hari nanti, adakah aku juga akan jadi manusia baik yang bertimbang rasa dan memahami???

~titamikasuki~
menilai diri sendiri apabila melihat kebaikan orang lain.

No comments:

Post a Comment