Saturday, December 18, 2010

biar seimbang!

saya suka mengingatkan diri saya. kalau membaca itu, biarlah seimbang. mengapa seimbang?

kerana bila saya mula membaca komik sinchan, saya akan terlupa dengan keadaan sekeliling. hatta makan sekalipun!(sebab saya memang sangat suke komik sinchan!) bila saya mula membaca dari satu blog ke satu blog, yang kebanyakannya berunsur hiburan, saya terlupa detik jam yang berlalu pergi. saya terlupa bahawasanya saya telah menghabiskan berjam-jam membaca yang semuanya sekadar hiburan semata-mata!

tapi ada kalanya,saya berfikir. bolehkah hiburan itu ditukar oleh minda saya supaya ia mendatangkan kebaikan pada diri? lalu saya mengajak diri saya berfikir. bila saya membaca komik sinchan, apa kebaikan yang saya dapat? oh,pertama,mestilah kurang stress. senyum seorang diri apabila ada yang menjadi bahan lawak. begitu? tidak. sekurang-kurangnya,saya dapat belajar sesuatu dari setiap kisah dalam komik tersebut. bukankah komik itu ditulis oleh manusia? pastinya ada unsur kehidupan yang perlu dijadikan nilai. maka, saya perlu ambil nilai tersebut, sekurang-kurangnya untuk membentuk diri.=)

saya suka membaca blog senior saya. boleh kata, hampir setiap minggu,saya melawatnya. mengapa ya? kerana cara penulisannya yang santai dan boleh buat sesiapa yang membacanya terhibur.=) bolehkah blog senior saya ini dikategorikan sebagai hiburan? kerana tiada isu berat yang dibincangkannya. sekadar kisah kedai kopi biasa. namun apa yang saya dapat bila membacanya? hati. ya, saya dapat hati bila saya membacanya. pelik ya? tidak. mudah sahaja. apa yang ditulisnya dalam blog, datang dari hati. menunjukkan diri dia yang sebenar. tidak berpura-pura. kalau buruk, buruklah. kalau baik, baiklah. bukankah di situ terletak nilai kejujuran dan keihlasan?(wah,saya puji dia ke ni? =p ) maka, sekurang-kurangnya, saya belajar nilai kejujuran dan keikhlasan di situ. ( kalau dia berbohong sekalipun, masakan saya tahu kan??) ehe

oh itu semua hiburan ya? bagaimana dengan ilmiah? sudah diseimbangkan antara hiburan dengan ilmiah??

bercakap tentang ilmiah, saya juga rajin singgah di website Hilal Asyraf. ya, penulis muda berjiwa tua itu. mengapa tua? tua yang saya maksudkan bukanlah bertongkat atau uzur, sebaliknya tua yang saya maksudkan ialah jiwanya yang bagaikan penuh dengan pengalaman dan ilmu. bukankah orang tua-tua banyak pengalaman dan pengetahuan? maka sebab itu lah saya labelkan dia berjiwa tua.(pandai-pandai sahaja saya ini!) penulisan dia juga tidak kurang hebatnya. banyak membantu saya menyuburkan jiwa yang hampir mati ini. mungkin kerana umurnya tidak jauh beza daripada saya, maka penulisannya lebih mudah sampai ke jiwa. ahazk!!

blog kereta mayat(hamka), genta rasa(ustaz pahrol) semuanya banyak membantu saya.santapan rohani untuk terus bangkit dan berdiri tegak disaat saya tersungkur dan rebah. kerana hati saya rapuh, jiwa saya lemah. maka, saya perlukan mereka-mereka ini, dengan cara penulisan yang tersendiri, tidak kiralah samada hiburan atau ilmiah, kedua-duanya perlu dipandang positif. dibaca dan dicerna minda dengan pemikiran positif, agar outputnya terarah kearah kebaikan. bukan sebaliknya.

namun saya kembali berpijak di bumi nyata. ayuh! saya mengingatkan sekali lagi diri ini. selagi saya bergelar pelajar, maka buku-buku berkulit tebal ala-ala kamus dewan itu lah yang menjadi keutamaan. buku yang harganya dibayar berkeping-keping not biru itu lah perlu difahami isinya. buku yang kadangkala sudah terlalu lama helaiannya dimakan usia itu lah yang perlu dikaji berjam-jam lamanya. buku yang ayatnya kecil-kecil,rapat-rapat dan isinya padat-padat itulah yang perlu ditatap lama!

nah,barulah ia dikatakan seimbang! kalau saya terus leka, pastinya berat sebelah. hiburan, santapan rohani, mahupun ilmiah, saya mahu kesemuanya. maka, saya pahatkan di sini, agar tiap kali saya membuka blog ini, saya dapat satu peringatan yang nyata. kerana saya sering lupa. kerana saya sering lalai. kerana saya manusia biasa, yang jiwanya muda dan mentah.

maka, saya peringatkan sekali lagi buat diri saya, "kalau membaca itu, biarlah seimbang!"

~titamikasuki~
peringatan buat diri.

No comments:

Post a Comment