Thursday, December 16, 2010

esok masih ada!


seseorang yang terlalu dekat di hati dan juga disisi mengadu tentang keputusannya yang agak merundum semester ini..lalu diminta aku "comfort" kan dirinya..termangu sebentar.
wahai teman, siapalah diriku untuk menasihati mengenai perkara sebegini?? saya tidak tahu bagaimana mahu tenangkan kamu,membantu kamu saat ini. sebab semester ini, saya tidak bersama kamu. tidak mengambil peperiksaan.dan tidak mendapat sebarang keputusan peperiksaan. saya di hospital tatkala kalian menjawab peperiksaan. jadi bagaimana saya boleh "comfort"kan kamu??

atau mungkin saya boleh menulis sesuatu di sini.bukan untuk kamu sahaja. malah untuk saya juga. kerana saya juga sama seperti kamu. =)

GAGAL?? KECEWA?? mungkin ini yang dirasa teman. oh mungkin ini juga yang dirasa oleh setiap yang bergelar manusia tatkala apa yang diimpikan tidak berjaya digapai. saya juga pernah merasa. kesakitan yang begitu hebat tatkala kecewa.

apabila kecewa, maka, kita sering menyalahkan diri sendiri. aku bodoh. aku tak pandai. aku teruk.atau kita mula menyalahkan orang lain. lecturer bukan ajar sangat,masuk kelas kejap,pastu blah.. ni sebab gf/bf aku la,aku dapat result teruk. kalau aku tak bercinta,pasti tak jadi macamni. dan banyak lagi. namun pernahkah kita melihat ke belakang, mengkaji kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang?

wahai teman, mari kita lihat semula ke belakang. melihat setiap jalan yang kamu dan saya lalui semester lalu. mencari kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang. mengkaji punca kesalahan. maka,baru kita hasilkan formula solusi ini.kerana masalah kamu adalah masalah saya juga. bukankah kita sama digelar pelajar?? maka, masalah kamu ini berkemungkinan dilalui saya satu hari nanti. siapa tahukan??(namun saya berdoa,agar Allah mengurniakan keputusan yang baik bagi setiap semester untuk saya dan teman-teman.=))

kadang-kadang saya bertanya pada diri sendiri,berapa jam sehari yang saya peruntukkan untuk belajar sepanjang saya bergelar pelajar universiti?? lalu soalan yang sama ingin saya tanyakan pada teman. dalam tempoh 24 jam, berapa jamkah yang kita peruntukkan untuk belajar? maka disini, saya sendiri malu untu menjawabnya. kerana saya juga punyai banyak alasan untuk mengelakkan diri daripada menjawab. kerana saya tahu, waktu yang saya peruntukkan untuk belajar dalam sehari,adalah sangat-sangat sedikit. malu! seingat saya, jika esok atau lusa ada test atau exam, baru la saya akan belajar bersungguh-sugguh. sampaikan makan bersama buku,tidur bersama buku.nasib tidak ke tandas membawa buku! maka,mungkin inilah kesilapan pertama kita yang kita tidak sedari. kerana selama ini,kita berikan pelbagai alasan. penat, tak cukup masa, banyak asigment, meeting sana sini, program situ sinun, dan macam-macam lagi. teman,saya sayang kamu. dan saya tahu kamu juga sayang saya. mari kita sama-sama memperbetulkan kesilapan utama ini.

kemudian, kita pikir-pikirkan..muhasabah diri atas segala perkara yang kita sudah lalukan. mungkin kita ada sakitkan hati insan lain? mungkin kita ada lukakan perasaan seseorang? atau mungkin kita berhutang denganNya? kerana seorang sahabat saya sering berkata "mungkin aku banyak dosa pada Allah dan juga manusia, sebab itu aku diuji sebegini,sebagai balasan supaya aku menyedari kesilapan aku sebelum ini" apabila dia diuji onak dan duri. setiap kali mendengar katanya, hati saya terkesan. lalu saya berfikir,ada benar katanya. setiap kali berlaku musibah, saya sering menyalahkan sekeliling. mengapa saya tidak terfikir yang mungkin ini balasan atas dosa yang saya pernah lakukan?? maka teman, marilah kita sama-sama bermaafan,mungkin kerana ada kata yang menguris hati, ada liuk tubuh yang menyentap rasa sesama kita. dan marilah kita sama-sama, kembali pada Allah. memohon keampunan. dengan rasa penuh kehinaan.

ibu dan ayah. atau ayah dan ibu. keutamaan kita. kewajipan kita. namun kadangkala kita alpa. kita lupa. kita lalai. kita terlalu sibuk untuk bertanya khabar. kita terlalu berkira kredit telefon untuk menelefon. atau kita mati akal untuk berbicara. kerana apa? kerana mereka orang tua. yang seringkali kita fikir,tidak memahami gelodak jiwa remaja. menonton rancangan "SOAL ASYRAF" di Astro Oasis berkenaan remaja dan ibubapa membuatkan saya berfikir. ibubapa adalah keutamaan kita. maka,apabila ibubapa diletakkan dibelakang,mungkin kerana itu juga kita sering berada kebelakang! maka,ingin saya ingatkan diri saya, dalam hidup ini,ayah dan ibu menjadi keutamaan. sebaik manapun sahabat,ibu dan ayah juga menjadi kawan terbaik. sebaik mana teman sepermainan,ibu dan ayah juga yang paling hebat. moga apabila kita meletakkan ibu dan ayah di tempat yang mulia, kita juga diangkat menjadi insan mulia.=)

opss..saya rasa cukup sampai disini. kerana mak ajak lunch.=) teman,ini bukan nasihat. ini sekadar peringatan buat diri saya. kerana saya juga insan lemah yang sering alpa. mungkin kalau kamu membacanya di sini(kalau kamu baca la kan =p),mungkin ia juga dapat mengingatkan kamu saat kamu lupa. kerana kita sama-sama bergelar pelajar. kerana kita juga sama-sama mengejar kecemerlangan. dan dalam mengejar kecemerlangan,jatuh bangun sudah menjadi adat. kalau kamu terus kecewa dan berduka, saya juga pasti bersedih. maka,kita perlu sama-sama bangkit. bangkit meneruskan perjalanan yang penuh onak dan duri.

ayuh teman,mari kita berpegang tangan,merangkak,berjalan dan seterusnya berlari,bersama-sama menuju puncak kegemilangan! kalau kamu masih bersedih,mungkin ini sahaja yang boleh saya kata,"lihatlah kehadapan,sekurang-kurangnya,esok masih ada!"

~titamikasuki~
saya sayang kamu

No comments:

Post a Comment